Terma & Syarat

Dengan menyertai Peraduan Lam Soon - Raya Fiesta Berkilat-Kilat ("Peraduan"), anda ("Peserta") mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:-

  1. Peraduan Lam Soon – Raya Fiesta Berkilat-Kilat adalah dianjurkan oleh Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (“Pihak Penganjur”).
  2. Jenama produk yang terlibat dalam peraduan ini adalah:- Antabax, Labour, Zip, Fruitale, May, Orchid, Bio-Home dan Syaza.
  3. Peraduan berlangsung daripada 1hb April 2019 sehingga 30hb Jun 2019 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan mesti diterima oleh Pihak Penganjur dalam Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan serta mekanisme peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  4. Peraduan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1hb April 2019, kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/pengedar, agensi promosi/ pengiklanan/ perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
  5. Hadiah Peraduan (“Hadiah”):-
    1. Hadiah Utama – Baucer Tunai Habib Jewel bernilai RM12,200 x 1 pemenang
    2. Hadiah Harian – Wang Tunai bernilai RM138 x 5 pemenang setiap hari, selama 91 hari (sejumlah 455 pemenang)
  6. Cara-cara penyertaan:
    Langkah 1: Beli mana-mana produk Lam Soon Edible Oils yang tersenarai bernilai sekurang kurangnya RM10 dalam satu resit bercetak (“Bukti Pembelian”). Satu (1) resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan.
    Langkah 2: Muat turun aplikasi BrandCode secara percuma dan hantarkan penyertaan melaluinya.
    Langkah 3:
    1. Tekan 'Aktivities' diikuti dengan 'Peraduan Raya Fiesta Berkilat-Kilat'.
    2. Sertakan gambar resit dan isikan no resit dan butiran peribadi.
  7. Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki.
  8. Bukti Pembelian yang asal mesti disimpan untuk tujuan pengesahan sekiranya peserta dipilih sebagai pemenang, jika tidak kelayakan penyertaan peraduan tersebut akan dibatalkan. Resit tulisan tangan, rosak, ciri-ciri produk yang tidak jelas dan/atau resit fotokopi adalah tidak dibenarkan.
  9. Semua penyertaan mesti diterima oleh Pihak Penganjur dalam Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang lewat, hilang dan/atau salah hantar.
  10. Pemilihan pemenang
    1. Setiap penyertaan layak akan diberi satu nombor siri peraduan.
    2. Pemilihan janaan komputer akan dijalankan untuk memilih 1 pemenang Hadiah Utama dan 455 pemenang Hadiah Harian (“Peserta Terpilih”).
    3. 1 pemenang Hadiah Utama akan dipilih dari semua penyertaan yang layak pada akhir tempoh peraduan.
    4. 455 pemenang Hadiah Harian akan dipilih daripada penyertaan harian yang layak:-
      Hadiah Harian x 91 hari x 5 pemenang setiap hari (sejumlah 455 Hadiah Harian)
    5. Peserta yang dipilih akan dihubungi sebanyak tiga (3) kali. Sekiranya mana-mana peserta yang dipilih tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur akan mengganti peserta tersebut dengan peserta yang seterusya dalam senarai.
    6. Peserta yang berjaya dihubungi perlu menghantar Bukti Pembelian asal dan IC fotostat melalui perkhidmatan kurier ataupun Pos Laju ke “Peraduan Lam Soon - Raya Fiesta Berkilat-Kilat, No. 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor” untuk tujuan pengesahan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemakluman.
  11. Penghantaran Hadiah:
    1. Hadiah Utama perlu dituntut oleh pemenang di ibu pejabat/ cawangan Lam Soon yang terdekat dengan alamat pemenang. Pemenang bertanggungjawab untuk memberi alamat yang betul dan sah.
    2. Hadiah Harian akan diberikan melalui transaksi perbankan atas talian. Pemenang bertanggungjawab untuk memberi nama bank, nombor akaun bank dan maklumat peribadi yang betul dan sah.
    3. Hadiah yang dikembalikan kerana penghantaran tidak dapat disempurnakan akan dibatalkan dan segala rayuan tidak akan dilayani.
  12. Penganjur atas budi bicara mutlak berhak untuk menolak dan membatalkan kelayakan mana-mana penyertaan tanpa sebarang notis. Kelayakan semua penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas, lambat, Bukti Pembelian yang salah atau tidak mencukupi akan dibatalkan secara automatik.
  13. Pihak Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar dan hanya akan diberikan kepada pemenang yang memenuhi semua syarat yang tertera dalam Terma dan Syarat ini.
  14. Peserta hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Utama dan seberapa banyak Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan.
  15. Pemenang harian akan diumumkan pada keesokan hati manakala senarai pemenang Hadiah Utama akan dipaparkan 1 minggu selepas Tempoh Peraduan tamat di Aplikasi BrandCode, Laman Facebook Rasmi BrandCode dan www.rayafiesta.com.
  16. Pihak Penganjur dan kesemua pihak-pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut:
    1. campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini;
    2. sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan;
    3. sebarang penyertaan yang hilang, rosak, salah dihantar atau tidak diterima;
    4. semua kerugian sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  17. Sila klik pada pautan www.rayafiesta.com untuk melihat Notis Privasi Data Peribadi kami yang mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA").
  18. Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini, menuntut hadiah dan/atau menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah tanggungan Peserta.

Terma dan syarat Peraduan ini adalah dalam Bahasa Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila layari www.rayafiesta.com atau hubungi BrandCode Careline 011-6162 0782 - Isnin hingga Jumaat, 10 pagi - 5 petang (kecuali cuti umum).